Singgah Sebentar di Tugu Negara, Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960) . Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang . Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966 , tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria , Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC ( USMC War Memorial ) di Virginia , Amerika Syarikat . Inilah bunga kebangsaan negara " BUNG
Posts
Showing posts from July, 2012