Detik demi detik dah 5 tahun berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
Masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali.... banyak kenangan suka duka, pahit manis, gembira menangis diharungi untuk mencapai ke 5 tahun dalam perkhidmatan. Kesabaran adalah kunci untuk berjaya... Alhamdulillah aku masih disini meneruskan perjuangan walaupun banyak rintangan aku tetap aku... Macam baru sangat tetapi dah lima tahun aku di MOSTI. Bermula tahun 1 Mac 2007 di Agensi Nuklear Malaysia banyak pengalaman aku belajar dari senior disana dan merubah angin ke MOSTI pada 31 Mac 2009 sehingga kini. Gambar ini diambil semasa aku mendapat cabutan bertuah pada Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada tahun 2011.