Brunei kenangan terindah 2011
Tanggal 23 September 2011 adalah kenangan manis buat diriku kerana dapat mencapai impian setelah sekian lama untuk menjejak kaki di negara Brunei Darussalam....
Jam 10.00 pagi aku dan kawan-kawanku selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanal Bolkiah... hehehe bermulalah episod percutianku di Negara Brunei......
Bila dah sampai.. apalagi tangkap gambar la dulu.... huhuhu...
Dah puas tangkap gambar cari teksi pulak untuk pegi ke Hotel yang dah ditempah sejak sebulan lalu... Teksi disana siap ada tulisan jawi lagi...
$25.00 Dolar Brunei dari Airport ke Palm Garden Hotel, Kg. Kuilap, Bandar Seri Begawan, Brunei .. huhuhu... oklah tu, aku pun terus order teksi di kaunter dan terus aku dan kawan2 di bawa ke Hotel....
Uhhhh... leganya dah selamat sampai di Hotel Palm Garden ni.. Harganya $95.00 dolar satu malam...
Akhirnya sampai juga aku di Brunei.... Lepas ni nak gi cari makanan dikawasan sekitar....tapi jalan masuk tadi agak sunyi dan semak untuk sampai ke hotel ni... Bermula episod kami di rantau orang...
Comments