Singgah Sebentar di Tugu Negara, Kuala Lumpur Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960) . Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang . Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966 , tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria , Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC ( USMC War Memorial ) di Virginia , Amerika Syarikat . Inilah bunga kebangsaan negara " BUNG
Posts
Showing posts from 2012
Detik demi detik dah 5 tahun berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps
Masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali.... banyak kenangan suka duka, pahit manis, gembira menangis diharungi untuk mencapai ke 5 tahun dalam perkhidmatan. Kesabaran adalah kunci untuk berjaya... Alhamdulillah aku masih disini meneruskan perjuangan walaupun banyak rintangan aku tetap aku... Macam baru sangat tetapi dah lima tahun aku di MOSTI. Bermula tahun 1 Mac 2007 di Agensi Nuklear Malaysia banyak pengalaman aku belajar dari senior disana dan merubah angin ke MOSTI pada 31 Mac 2009 sehingga kini. Gambar ini diambil semasa aku mendapat cabutan bertuah pada Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada tahun 2011.
Karipap resipi dari mak...
- Get link
- X
- Other Apps
Bahan utk kulit: tepung gandum planta (dicairkan dalam kuali) air + 1 sudu kecil garam Bahan untuk inti: kentang keledek cili kering (dimesin) bawang putih bawang merah garam rempah kari adabi daun sup Cara-cara membuatnya: Panaskan planta dan tuang kedalam tepung digaul rata. masukkan air yang bercampur garam seditik demi sedikit dan uli menjadi doh. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah yang dihiris halus. Apabila naik bau masukkan cili yang dikisar beserta rempah kari. Masukkan sedikit air dan garam. selepas itu masukkan kentang dan keledek yang telah dipotong dadu. Masukkan sedikit daun sup yang dipotong halus untuk menambah rasa dan aromanya... Selamat Mencuba.......
Dari Selangor - Perak - Kedah - Perlis - Cameron Highlands - Selangor
- Get link
- X
- Other Apps
Perjalanan dari Shah Alam ke Lost World of Tambun hampir 4 jam Singgah sebentar di Pekan Rabu..... Semua nak dibeli.... inilah dia halwa yang telah dikeringkan... manis tu.... Melawat Kak Reen sekeluarga di Sungai Petani Menginap di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis Ronda-ronda di Perlis Padang Besar.... Sesak dengan orang membeli-belah... Panas pulak tu... huhuhu pening kepala aku.... hahahahha.... akhirnya aku jumpa basikal handmade ni... ini ajelah yang aku beli di Padang Besar buat kenangan... Singgah makan di gerai berampiran tempat jualan di Padang Besar... Orang meniaga kat sini cakap bahasa siam daaaaa.... Motor skuter no.plat thailand.... on the way balik lalu kat ladang tebu.... panas terik kawasan ni.... hari semakin gelap... singgah Penang sat... makan pasembor kat Padang Kota Lama Char Kuey Teow.... sedap lagi kat KL... di atas permintaan ramai kami singgah pula di Cameron High
Brunei kenangan terindah 2011
- Get link
- X
- Other Apps
Tanggal 23 September 2011 adalah kenangan manis buat diriku kerana dapat mencapai impian setelah sekian lama untuk menjejak kaki di negara Brunei Darussalam.... Jam 10.00 pagi aku dan kawan-kawanku selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanal Bolkiah... hehehe bermulalah episod percutianku di Negara Brunei...... Bila dah sampai.. apalagi tangkap gambar la dulu.... huhuhu... Dah puas tangkap gambar cari teksi pulak untuk pegi ke Hotel yang dah ditempah sejak sebulan lalu... Teksi disana siap ada tulisan jawi lagi... $25.00 Dolar Brunei dari Airport ke Palm Garden Hotel, Kg. Kuilap, Bandar Seri Begawan, Brunei .. huhuhu... oklah tu, aku pun terus order teksi di kaunter dan terus aku dan kawan2 di bawa ke Hotel.... Uhhhh... leganya dah selamat sampai di Hotel Palm Garden ni.. Harganya $95.00 dolar satu malam... Akhirnya sampai juga aku di Brunei.... Lepas ni nak gi cari makanan dikawasan sekitar....tapi jalan masuk tadi agak